Pages

WASIAT MENDIDIK ANAK BERIMAN


BAPA memikul tugas amat berat untuk memelihara kebahagiaan keluarga. Dalam melaksanakan tugas itu, bapa perlukan petua kerana ia memainkan peranan penting dalam mendidik anak. Wasiat Lukman al-Hakim adalah yang perlu sentiasa dipegang kerana petua ini dinukilkan dalam al-Quran. Ia adalah sumber terbaik untuk diambil hikmahnya dalam hal berkaitan pendidikan anak. Al-Quran menghidangkan petua dan wasiat bagaimana Lukman mendidik anaknya dalam satu surah khusus diberi nama surah Lukman, khususnya dalam ayat 13 hingga 19.

Justeru, kita perlu mengenali Lukman supaya kita boleh mencontohi beliau. Bagaimana Lukman mencapai makam yang mulia ini, menurut Imam Ibnu Jarir daripada Amru Ibnu Qais, seorang lelaki pernah menyoal Lukman mengenai perkara itu. Lukman menjawab: “Semua itu adalah kehendak Ilahi. Bagaimanapun, aku sentiasa menunaikan amanah yang dibebankan ke atas diriku. Aku juga sentiasa bercakap benar dan aku menjauhi setiap perkara yang tidak mendatangkan faedah bagiku.” Itulah jawapan Lukman al-Hakim ketika ditanya bagaimana beliau mampu mencapai makam yang tinggi sehingga menjadi contoh di kalangan masyarakat ketika itu, malah sampai ke hari ini.


Ramai di kalangan ibu bapa tidak mengetahui bahawa ‘wasiat’ yang diberikan Lukman al-Hakim kepada anaknya itu adalah teknik khusus untuk golongan bapa dalam mendidik anak. Sekiranya teknik ini diamati lalu dipraktikkan dalam kehidupan seharian, nescaya anak akan lahir sebagai Muslim yang beriman dan bertakwa kepada Allah. Abd Rahman Hassan Al-Maidani berkata menerusi bukunya Fiqh Dakwah, bahawa di sana ada 14 jenis permasalahan yang dapat dipelajari melalui kisah Lukman mendidik anaknya menerusi ‘wasiat’ ini. Pertama, tauhid lawannya syirik. Tidak mensyirikkan Allah.


Disebutkan dalam wasiat ini, bahawa syirik kepada Allah adalah kezaliman yang amat besar. Mengapa? Kerana ia mengandungi syirik terhadap Rububiyatullah (Allah Yang Maha Berkuasa sebagai Pemelihara alam semesta) dan syirik terhadap Uluhiyatullah (Allah sebagai Ilah, satu satunya Tuhan yang disembah, agungkan diutamakan). Syirik sebesar-besar kezaliman. Zalim pula bererti meletakkan sesuatu bukan di tempat sepatutnya. Mengapa syirik dikatakan zalim? Sudah disepakati bahawa Allah yang menciptakan makhluk semesta alam dan Dia juga yang menurunkan nikmat. Adakah layak kita samakan kekuasaan Allah ini dengan sesuatu kuasa yang lain? Jika ada di kalangan manusia yang menyamakan kekuasaan Allah dengan kuasa yang lain, maka dia sudah melakukan kezaliman. Allah saja yang layak disembah dan diagungkan kerana apa yang dilakukan-Nya itu tidak mampu dilakukan kuasa lain. Tetapi, jika kuasa lain yang diagungkan, maka inilah kezaliman.


Inilah yang diperkatakan menerusi ayat 13, surah Lukman yang bermaksud: “Wahai anakku! Janganlah engkau mempersekutukan Allah. Sesungguhnya mempersekutukan Allah itu adalah kezaliman yang amat besar.” Kedua, syukur. Lukman mengajar anaknya supaya bersyukur kepada Allah di atas anugerah nikmat-Nya yang tidak terhitung luas dan banyak. Kesyukuran mengandungi erti balasan perbuatan indah dan baik dengan perbuatan juga baik dan indah. Termasuk di dalam erti kata syukur ini ialah beribadah kepada-Nya dengan melakukan ibadat yang disyariatkan, mendekatkan diri kepada-Nya, menuntut keredaan-Nya dan memuji-Nya serta menghadapkan diri dengan berdoa kepada-Nya yang Maha Esa.


Memuji lebih umum daripada bersyukur kerana hak mutlak kepujian itu diberikan ke atas yang dipuji apabila bersifat dengan sifat yang baik, hatta yang dipuji itu tidak melakukan sesuatu kebaikan terhadap pemuji. Dan peringatan kesyukuran kepada Allah ini dikaitkan dengan pembalasan pada kari kiamat. Sekiranya kesyukuran itu kepada Allah, maka akan mendapat balasan pahala dan jika sebaliknya akan mendapat balasan seksaan di atas kekufuran dan keingkaran. Inilah yang diperkatakan melalui ayat 14, surah Lukman yang bermaksud: “Dan kami wasiatkan (perintahkan) kepada manusia supaya berbuat baik kepada ibu bapanya. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada-Ku tempat kembali.”


Ketiga yang dibangkitkan Lukman al-Hakim dalam wasiatnya ialah mengenang budi ibu bapa. Lukman mendidik anaknya supaya mengenang budi dan berterima kasih di atas susah payah dan jerit perih ibu bapa membesarkan anak dengan penuh kasih sayang dan pengorbanan. Tunaikan hak kedua-duanya terutama kepada ibu kerana ibu bersusah payah bermula dari proses mengandung sehingga melahirkan anak, menyusu sehingga tamat tempoh berakhirnya penyusuan selama dua tahun, membelai dan mendidik siang malam. Ketaatan kepada ibu bapa (walaupun berlainan agama) adalah wajib kecuali apabila disuruh mengerjakan maksiat dan meninggalkan amal ibadat yang disyariatkan Islam.


Lihatlah tingkatan terima kasih (syukur) yang ditonjolkan melalui wasiat ini di mana terima kasih kepada ibu bapa datang selepas syukur kepada Allah. Inilah yang diterangkan melalui ayat 14, surah Lukman bermaksud: “Dan kami wasiatkan (perintahkan) kepada manusia supaya berbuat baik kepada ibu bapanya. Ibunya mengandungnya dengan menderita kelemahan di atas kelemahan dan menceraikan menyusu dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaku dan kepada ibu bapamu! Kepadaku tempat kembali.” Perkara keempat, tidak taat kepada arahan perkara maksiat.


Lukman mendidik anaknya dengan mencegah anaknya daripada mentaati ibu bapa yang mendesak atau mengajak supaya mensyirikkan Allah dan perbuatan maksiat yang dilarang-Nya. Namun, sebagai anak, ibu bapanya harus dilayani, ditemani dan digauli dalam suasana penuh kebahagiaan dan kasih sayang. Anak juga harus melakukan kebaikan kepada mereka berdua seperti menjaga hal ehwal kewangan, menghormati dan berkhidmat kepada mereka. Inilah yang diterangkan melalui ayat 15, surah Lukman bermaksud: “Dan kalau kedua-duanya memaksa engkau supaya menyekutukan Aku, apa yang tiada engkau ketahui, janganlah dituruti; dan pergaulilah keduanya di dunia ini dengan secara patut.”


Kelima, ikutlah jalan orang salih. Lukman menasihati anaknya supaya melalui jalan yang dilalui orang salih iaitu mereka yang kembali bertaut kepada Allah dengan keimanan, ketaatan dan meredah jalan yang lurus. Mereka yang kembali kepada Allah adalah daripada kalangan rasul, nabi, orang benar dan sesiapa saja yang mengikuti mereka dengan keikhlasan dari kalangan orang mukmin. Inilah yang diterangkan ayat 15, surah Lukman bermaksud: “Dan turutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku.”


Keenam, sentiasa ingat hari kiamat dan pembalasan. Lukman berpesan kepada anaknya supaya melakukan ‘pemerhatian’ hari kiamat dan arahan menyuruh dan meninggalkan sesuatu perkara di dalam menongkah arus dunia ini. Inilah yang diterangkan melalui ayat 15 surah Lukman bermaksud: “Nanti kamu akan kembali kepada-Ku dan akan Aku beritakan kepada kamu apa yang kamu kerjakan.” Ketujuh, setiap amal (tersembunyi atau terserlah) akan dihisab oleh Allah Maha Mengetahui. Lukman menerangkan kepada anaknya akan syumul ilmu Allah melewati ilmu manusia. Allah bebas melakukan apa saja tanpa ada halangan, mendatangkan sesuatu yang diinginkan-Nya daripada segenap tempat yang tidak mampu dibuat makhluk.


Sesuatu kebaikan, kejahatan, kezaliman dan kesalahan yang diumpamakan seperti berat biji sawi walaupun tersembunyi jauh dalam batu, di hujung langit atau terbenam sedalam di dasar bumi akan didatangkan Allah pada hari kiamat untuk dihisab dan diberi ganjaran dosa atau pahala. Inilah yang diterangkan melalui ayat 16, surah Lukman bermaksud: “(Kata Lukman): Hai anakku! Sesungguhnya jika ada (amal engkau) seberat biji sawi dan ada (tersembunyi) dalam batu, di langit atau di bumi, itu akan dikemukakan oleh Allah dan Allah itu Halus (mengerti hal yang halus) dan Cukup Tahu.”

Oleh : Endok Sempo Mohd Tahir

CATATAN ALUMNI SKSS1

1. Catatan seorang bapa.


Facebook to me;
Zamri mengirim sesuatu pada Dinding anda dan menulis:

"Tanggal 28.12.2009 ku melangkahkan kaki memasuki halamanmu SRK Sri Suria 1 setelah 23 tahun meninggalkan mu.. tempat aku belajar mengenal dunia.. dan kini aku kembali kepadamu menyerahkan anakku kepadamu untuk dididik menjadi seorang manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negara."

2. Catatan seorang ibu. 
From:"noorzail wati" To:srisuria_one@yahoo.com Cc:noorzailfalilawati_mn@ecmlibra.com

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah...dan seribu kesyukuran saya panjatkan kepada Allah SWT di atas kejayaan Sri Suria di dalam memertabatkan kejayaan anak bangsa ke arah kecemerlangan. Tanpa sokongan tenaga pengajar dan kesungguhan untuk berjaya tentunya kecemerlangan ini tidak dapat direalisasikan. Terima kasih cikgu!

Sehingga kini Sri Suria masih dekat di hati saya biarpun sudah 27 tahun ia saya tinggalkan. Setiap kali pulang ke kampung dan menyusuri laluan ke Sri Suria rasa bangga tetap mekar dan berputik di sanubari ..malah tanpa segan saya akan memperkenalkan sekolah yang telah mengajar saya untuk menjadi seorang warga yang berpendidikan. Malah anak2 cukup hafal dengan jalan ke sekolah mama!

Saya memulakan pengajian di SRK Sri Suria pada tahun 1976. Batch pertama di darjah satu.Juga batch yang pertama menamatkan putaran enam tahun (syarat) untuk berada di sekolah rendah! Malah perasaan bangga itu terus mewangi tatkala membaca berita di akhbar utama tentang kecemerlangan Sri Suria sebagai sekolah terbaik di Kelantan dan saya percaya Sri Suria akan berjaya muncul sebagai sekolah rendah keseluruhan terbaik di seluruh negara.

Saya juga percaya perasaan ini akan turut dikongsi oleh sesiapa saja yang pernah menumpang rahmat belajar di bawah bumbung Sri Suria. Maka kenapa rasa kekitaan ini tidak kita panjangkan dengan "menjejak kasih" pelajar2 Alumni Sri Suria yang bertaburan di seluruh negara ketika ini? Tidakkah Sri Suria juga perlu berbangga untuk melihat hasil semaian Sri Suria di dalam melahirkan insan yang cemerlang? Tidak adakah usaha untuk menubuhkan Alumni Sri Suria? Saya percaya ramai anak didik Sri Suria yang ingin kembali ke sekolah sekurang2 nya untuk berkongsi pengalaman atau menyumbang ke arah kecermelangan anak bangsa! Dan manalah tahu kalau2 dengan adanya Persatuan Alumni Sri Suria ini...boleh juga menyumbang kepada tabung kebajikan anak bangsa berbentuk biasiswa atau apa sajalah. Insya Allah. Sekian adanya...

***Kepada semua ex-students Suria 1, fikir-fikirkanlah cadangan mantap yang dibentangkan oleh  Noorzailwati di atas. Semoga ada respons daripada anda semua.

PENDAFTARAN PELAJAR TAHUN 1 & 2 PADA 28 DISEMBER 2010

Pendaftaran murid Tahun 1 dan 2 telah diadakan pada hari ini seawal jam 8.30 pagi. Setelah proses pendaftaran, murid dibekalkan dengan buku-buku teks yang akan digunakan untuk sesi persekolahan tahun 2010. Sehubungan dengan itu juga, satu Majlis Penterahan Beg Sekolah kepada semua murid Tahun 1 telah diadakan bertempat di kantin sekolah. Beg-beg sekolah tersebut disumbangkan oleh UMNO Bahagian Tanah Merah. Kepada semua murid Tahun 1, selamat menjadi warga SK Sri Suria (1). Pics pendaftaran dan majlis tersebut boleh dilihat dalam slide di bawah ini.




SEMAKAN TINGKATAN 1 SMKA/SABK SESI 2010

Kepada pelajar-pelajar yang ingin menyemak status permohonan mereka dan juga membuat rayuan ke SMKA atau SABK bagi sesi 2010 bolehlah berbuat demikian dengan melayari Portal Rasmi Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Kelantan atau klik banner di bawah. Harap maklum.


"PHISHING WEBSITES-LAMAN PERBANKAN PALSU?", APA TU?

AWAS LAMAN WEB PERBANKAN PALSU!

Orang ramai diminta berhati-hati dengan kegiatan ”phishing” atau penipuan siber melalui laman web palsu dengan menyamar sebagai entiti yang boleh dipercayai seperti laman web perbankan. Peringatan tersebut diberikan oleh CyberSecurity Malaysia hari ini berikutan pendedahan bahawa aktiviti cubaan ”phishing” semakin meningkat di negara ini.

Kegiatan ”phishing” merupakan proses jenayah penipuan dalam cubaan memperoleh maklumat peribadi seperti nama pengguna, nombor akaun, nombor PIN (nombor pengenalan peribadi), kata laluan serta butiran kad kredit dengan menyamar entiti boleh dipercayai menerusi komunikasi elektronik.

"Pusat Bantuan Cyber999 telah menerima banyak aduan dari pengguna internet di negara ini berhubung laman web ”phishing” yang dihoskan di luar negara yang nampak sama seperti laman web e-perbankan bank tempatan utama,” kata Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Lt.Kol. Husin Jazri.
- Petikan dari Bernama.

Sebaiknya kita berhati-hati dan berwaspada dalam masa membuat transaksi online di laman web perbankan masing-masing supaya tidak tertipu dengan gejala ini. Seelok-eloknya gunakan akses internet di rumah sendiri dan bukan di mana-mana Cyber Cafe supaya keselamatan lebih terjamin. Di samping itu kita harus pastikan laman web yang kita layari tersebut benar-benar laman web perbankan yang betul dan sah untuk menghindari dari tersalah melayari laman web 'phishing' tersebut. Pastikan URL laman tersebut betul kerana 'phishing websites' ni nampak serupa macam laman perbankan kita tetapi sebenarnya tidak.

SELAMAT DATANG 2010

Alhamdulillah. Tahun baru akan menjelma tak berapa hari lagi. 2010 hadir dengan harapan dan iltizam jitu para guru untuk memartabatkan pendidikan anak didik mereka. Benarlah kata pepatah bahawa 'guru ibarat lilin yang membakar diri'. Segala usaha yang termampu oleh kudrat seorang manusia dilakukan demi untuk meningkatkan pencapaian anak didik mereka. Hatta, masa bersama keluarga tercinta juga sanggup dikesampingkan demi untuk melihat kejayaan dan kecemerlangan anak didik yang merupakan generasi pelapis pemangkin pembangunan insan dan kemajuan negara tercinta.

 
 'Lilin Seorang Guru Tidak Akan Pernah Padam'

Kini 2009 akan berlalu bersama seribu kenangan manis dan pahit. Segalanya tinggal sebagai sebuah sejarah yang akan terus terpahat utuh di hati. Bagi anak-anak didik pula, ingatlah bahawa masa tidak menunggu kita, sebaliknya kita harus tuntas mengejar masa. Banyak ilmu dan pengalaman harus ditimba sebagai persiapan untuk kehidupan yang lebih gemilang di masa hadapan. Cukuplah masa untuk leka bermain, bersantai dan menghadap peti televisyen, mendengar mp3 atau bermain playstation. Bagi pelajar Tahun 6 sesi 2010, waktu untuk anda semua menumpukan seluruh usaha, masa dan tenaga telah bermula sekarang. Lengkapkanlah diri dengan kemahiran-kemahiran yang sepatutnya dan ulangkaji pelajaran yang kurang mahir agar anda lebih bersedia untuk belajar di Tahun 6 nanti.

Bagi semua pelajar Tahun 6 sesi 2009 yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam UPSR lalu dan berjaya ke SBP atau sekolah-sekolah cemerlang lain, janganlah leka dengan kejayaan yang telah diraih. Sebaliknya kekalkan dan tingkatkanlah usaha agar mengecap kejayaan yang lebih manis di tahun mendatang. Bagi pelajar yang kurang berjaya pula, usahlah bersedih dan hanyut dalam lautan kepiluan kerana ia hanya akan merosakkan diri sendiri sahaja. Sebaliknya, jadikanlah kegagalan ini sebagai langkah permulaan untuk mengorak kejayaan di hari muka. Kejayaan itu pastinya akan menjadi lebih manis sekiranya kita menerima ketentuan Allah swt dengan redha dan hati yang lapang. Ingatlah Firman Allah bahawa 'Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu, kecuali kaum itu sendiri yang berusaha untuk mengubahnya'. 

Terima kasih juga diucapkan kepada semua guru, staf non-akademik, AJK PIBG, para ibu bapa / penjaga pelajar-pelajar, organisasi dan orang perseorangan yang sentiasa bersama kami dan selalu memberikan kerjasama yang erat dan tidak berbelah-bagi dalam menjayakan semua program sekolah selama ini. Semoga jalinan kerjasama dan keprihatinan tuan puan akan diteruskan dan dipertingkatkan lagi dalam menuju hasrat dan impian untuk meningkatkan pencapaian akademik dan sahsiah anak-anak tuan puan dan mencapai visi dan misi sekolah secara amnya.

Selamat datang 2010.
Salam sayang dari warga SKSS1

SEMAKAN TINGKATAN 1 SBP, KPM SESI 2010


Semakan Tawaran Ke Tingkatan Satu (1) di Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Penawaran Ke Tingkatan Satu (1) di Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pelajaran Malaysia telah dibuka bermula 23 Disember 2009.

Sila buat semakan di sini :

Calon-calon yang tidak berjaya boleh membuat e-Rayuan ke SBP di laman di atas. Sekian dimaklumkan.

FACEBOOK CIKGU MALAYSIA


Semua guru dijemput menjadi ahli group Blog Cikgu Malaysia di FACEBOOK. Sila taip Cikgu Malaysia di ruangan carian Facebook untuk join sebagai ahli.  Sila lawati http://cikgumalaysia.blogspot.com/ untuk maklumat lanjut. Sila lawati juga blog Perkhidmatan Pelajaran untuk isu-isu pendidikan terkini di http://perkhidmatanpelajaran.blogspot.com/ . Harap maklum. Terima kasih.

APA YANG KITA BELAJAR?



We learn.....
10% of what we read
20% of what we hear
30% of what we see
50% of what we both hear and see
70% of what is discussed
80% of what we experience personally
95% of what we teach to someone else


-William Glasser, M.D.

KOMUNITI EX-STUDENTS SRI SURIA 1 DI NING.COM


Semasa saya sedang 'blog walking' di internet, saya terjumpa sebuah lagi blog komuniti ex-students Sekolah Kebangsaan Sri Suria 1. Jadi mana-mana ex-ss1 yang berminat bolehlah menyertai komuniti ini di http://srisuria1.ning.com/ Terima kasih kepada Atikah Latiff yang mewujudkan blog ini. Beliau sekarang sedang melanjutkan pelajaran di Alexandria, Mesir dalam bidang perubatan. Wah, senanglah cikgu-cikgu nak dapatkan rawatan nanti ya...


Sementara itu bagi mana-mana ex-ss1 yang belum menyertai komuniti di Facebook boleh juga menyertainya untuk bertukar-tukar pengalaman, pendapat, ilmu dan pelbagai lagi di facebook kumpulan ex-students skss1 di www.facebook.com/group.php?gid=60230704664  Penghargaan kepada Izam Shah yang mewujudkan facebook ini. Beliau telah bergraduat dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).



Manakala Facebook Srisuriaone pula adalah di www.facebook.com/people/Srisuriaone-Ppdtm/100000247843245

TAHNIAH PASUKAN BOLASEPAK MALAYSIA!

KUALA LUMPUR 17 Dis. - Skuad bola sepak bawah 23 negara mencipta sejarah Sukan SEA apabila menang emas pertama selepas kali terakhir dilakukan 20 tahun lalu. Jaringan gol sendiri pemain Vietnam selepas tolakan Norshahrul Idlan Talaha memberikan peluang untuk Malaysia memperoleh emas dalam acara akhir bola sepak lelaki Sukan SEA XXV. Kali terakhir skuad negara menang emas ialah di Temasya Kuala Lumpur 1989.

Source : Utusan Malaysia Online-17/12/2009 8:14pm

MAKLUMAN TERKINI PENDAFTARAN TAHUN 1 SESI 2010

Kepada para ibu bapa / penjaga, sila layai LAMAN BLOG PK HEM untuk MAKLUMAN TERKINI PENDAFTARAN TAHUN 1 SESI 2010 seperti tarikh pendaftaran, surat makluman pendaftaran dan penempatan kelas anak tuan puan. Sila klik banner di bawah.

WAJIB JAGA HATI IBU

Oleh Hayati Ibrahim (Harian Metro, Jumaat, 11.12.2009)

PUTRAJAYA: Anak menderhaka terhadap ibu bapa dianggap manusia tidak bertamadun dan tidak berperikemanusiaan yang tidak akan mencium bau syurga selagi tidak bertaubat kerana perbuatan itu memutuskan silaturahim.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadut, berkata golongan itu tidak akan dirahmati dan diberkati Allah, malah kehidupan mereka sentiasa tidak tenang selain selalu berdepan dengan malapetaka dan dugaan besar.

“Ibu insan paling istimewa, malah Nabi Muhammad s.a.w sendiri pernah ditanya sahabat, siapakah manusia yang wajar diletakkan di tempat pertama untuk diberikan penghormatan dan kebaikan, Nabi menjawab: Ibu. Sahabat terus bertanya sehingga tiga kali, kemudian barulah disebut ayah yang perlu diberi penghormatan dan kebaikan.

“Syurga di bawah tapak kaki ibu, keredaan Allah adalah bersyaratkan keredaan ibu bapa, kemurkaan ibu bapa melambangkan kemurkaan Allah.
“Justeru, jadikanlah peristiwa ini sebagai satu pengajaran kepada orang lain dan menginsafi apa yang sudah dilakukan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.


Beliau diminta mengulas laporan muka depan Harian Metro, kelmarin mengenai seorang lelaki tergamak menghantar ibu berusia 84 tahun ke rumah kebajikan, selepas mengetahui ibunya pernah menjaja tubuh untuk membesarkan tiga anak yang masih kecil akibat ditinggalkan suami.
Bukan itu saja, anak bongsu berusia 40-an yang mempunyai kedudukan, pangkat dan hidup mewah hasil didikan dan titik peluh ibunya, langsung tidak pernah menjenguknya selepas menghantarnya ke rumah orang tua sejak 2007, sehinggalah wanita itu menghembuskan nafas terakhir, dua tahun kemudian.

Noh berkata, kejahatan seseorang itu hanya ditanggung dirinya sendiri dan pihak lain tidak perlu menghukum di atas semua perbuatan jahat yang pernah dilakukan kerana Allah akan membalas semua kebaikan dan keburukan dilakukan hamba-Nya.

“Orang lain tidak akan memikul dosa dilakukan orang lain, tetapi ia akan ditanggung individu itu sendiri, seperti firman Allah dalam surah Al-An’am ayat 164 yang bermaksud: “Dan tiadalah segala kejahatan yang diusahakan tiap-tiap seorang melainkan orang itulah saja yang akan menanggung dosanya, dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya saja),” katanya.Mengulas lanjut isu itu, Noh berkata, perbuatan ibu lelaki terbabit juga dosa besar dan wajar melakukan taubat nasuha.

“Ibu lelaki terbabit sudah melakukan dosa besar, tetapi tidak sampai peringkat syirik dan boleh diampun Allah. Jadi, si ibu perlu perlu melakukan taubat nasuha memohon keampunan Allah,” katanya.Selain itu, beban kesalahan itu tidak sepatutnya diletakkan semata-mata kepada wanita atau si ibu kerana si suami mempunyai tanggungjawab sepenuhnya kepada anak serta isteri mereka walaupun sudah berpisah. “Suami seperti ini perlu diheret ke mahkamah dan tindakan sewajarnya dikenakan terhadap mereka kerana mengabaikan tanggungjawab nafkah bekas isteri dan anak. “Walaupun sudah bercerai, suami wajib memberikan nafkah kepada isteri dan anak, tak ada kompromi,” katanya.

WAJIB JAGA HATI IBU
KUALA LUMPUR: Sejahat mana seorang ibu, si anak wajib menjaga hati serta berusaha memperbetulkan perbuatan mereka kerana tanpa jasa wanita itu, anak tidak mungkin mampu melihat langit dan bumi.

Pengerusi Pertubuhan Kebajikan, Ekonomi dan Sosial Islam (Pekesim), Ghafar Nin, berkata walaupun seorang ibu itu pernah menjadi pelacur, anak tidak berhak menyisihkan mereka kerana Tuhan saja layak menghukum hamba-Nya.

“Anak itu sepatutnya mendoakan serta membimbing ibunya bertaubat bukan membencinya kerana jasa wanita itu membesar dan menyayanginya sejak kecil tidak mungkin terbalas,” katanya mengulas muka depan Harian Metro semalam mengenai tindakan seorang lelaki ‘membuang’ ibunya yang berusia 84 tahun ke rumah kebajikan selepas mengetahui wanita itu pernah bekerja sebagai pelacur untuk membesar dan mendidiknya.

PENCAPAIAN SEKOLAH PRESTASI TINGGI MESTI LEBIH 80%

OSAKA: Antara kriteria bagi 20 sekolah berprestasi tinggi (SBT) yang ditawarkan insentif dan keistimewaan ialah purata pencapaian akademik tidak boleh kurang daripada 80 peratus, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kriteria lain ialah sekolah itu sudah mengeluarkan personaliti hebat, bukan saja dari segi akademik tetapi bidang la-in seperti sukan serta pencapaian pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, bagi sekolah baru, kementerian akan lihat jika sekolah itu mempunyai aspirasi jelas dalam melahirkan pemimpin masa depan. "Kementerian akan menawarkan beberapa insentif dan keistimewaan, termasuk memberi kelonggaran dalam pengurusan kewangan, kurikulum dan pentadbiran bagi sekolah yang sudah mendapat pengiktirafan itu terus berkembang dan mencatat lebih banyak kejayaan," katanya.

Source: Berita Harian, 10 Disember 2009

PETUA SEORANG GURU

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk
Murid belajar sambil mengantuk
Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon
Murid belajar sambil tekun
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat
Murid belajar dengan ralat
Kalau seorang guru banyak cakap
Ada murid bertambah gagap
Kalau seorang guru menjadi pemudah bicara
Ramai murid pandai bicara
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai
Tak akan tahu murid itu bodoh atau pandai
Kalau seorang guru berbudi bicara
Dikenang murid sepanjang masa.
- Petikan Kursus PTK oleh Ybrs. En Baharom Shariff (IPRM)
Source: Sek. Keb. Yamtuan Antah
http://skyamtuanantah.blogspot.com/2009/09/petua-seorang-guru.html

SELAMAT PAGI CIKGU

selamat pagi cikgu
cuti-cuti ni tak ke mana-mana ke
tak balik kampung ke
rilekslah ya?
sekolah kan cuti panjang...


cuti tak cuti sama sahaja
adik kakak pakcik makcik
ada guru yang bertugas di pejabat sekolah
bantu kerani taip itu dan ini
urus pertukaran dan pindah masuk
ada guru yang bermukim di makmal komputer
sediakan buku pengurusan, perancangan dan jadual
ada guru yang bertungkus-lumus di bilik boss
mengurus buku-buku teks untuk sesi tahun depan
ada guru yang berada di koperasi sekolah
menyusun stok alatulis dan buku latihan


kerja guru tak pernah habis
tak macam yang adik kakak bayangkan
tak seperti yang pakcik makcik jangkakan
ada guru yang dipanggil menghadiri mesyuarat
seminar profesional dan juga kursus-kursus
dekat jauh tak menjadi soal
arahan mesti dipatuhi tanpa gagal
demi memartabatkan bidang pendidikan
usah di tanya apa ganjarannya nanti
kerana ini memang tanggungjawab guru
dedikasi dan teguh memegang prinsip


selamat pagi cikgu
dikala ramai yang bersantai bersama keluarga
masih ada guru pagi-pagi lagi di sekolah
mengajar di kelas tambahan & tuisyen
ada yang berbayar, ada yang 'free of charge'
tidak lain untuk meningkatkan pencapaian
dan kemahiran anak didik tersayang
meski kekadang tak pernah dipandang
atau sekadar melafaz 'terima kasih cikgu'
kerana mengajar anak saya selama ini.


-adizack ms
6.17pm
8 disember, 2009
Source: http://sanggarhayat.blogspot.com/2009/12/selamat-pagi-cikgu.html

SUKAN DIWAJIBKAN DALAM KOKURIKULUM

MUAR 6 Dis. – Kokurikulum pendidikan negara akan diubah bagi menjadikan sukan sebagai aktiviti wajib sekali gus sebagai komponen penting dalam pendidikan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. Timbalan Perdana Menteri berkata, langkah itu bertujuan mencungkil potensi dan kebolehan pelajar menerusi pelbagai bidang serta menggiatkan lagi aktiviti sukan di negara ini.

“Kokurikulum di sekolah merangkumi pelbagai perkara sama ada sukan dan bukan sukan termasuk badan-badan uniform serta kelab dan persatuan. “Saya hendak mengubah sedikit dasar tetapi yang wajibnya adalah sukan,” katanya ketika berucap pada majlis jamuan makan malam bersama bekas-bekas pelajar Sekolah Tinggi Muar di sini malam ini.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, bidang sukan mampu mencorakkan pembawaan positif para pelajar di samping meningkatkan lagi tahap kecergasan. “Kita juga hendak bila ada acara sukan, semua keluarga datang beramai-ramai. “Sekarang ini, nampaknya perkara ini sudah tidak lagi diberi penekanan, oleh kerana itu, kita mahu membawa balik budaya bersukan ini di sekolah-sekolah,” katanya.
- Sumber: Utusan Malaysia

MAKLUMAN PENTING DARIPADA KAUNSELOR SK SRI SURIA 1

1. Kepada anak-anak tentera/bekas tentera yang cemerlang dalam UPSR,5A/4A1B/4A1C bolehlah dapatkan Borang Biasiswa di Wisma Perajurit Kota Bharu.

2. Sesiapa yang akan mendapat tawaran ke SBP/MRSM/SMKA, sila maklumkan kepada Cikgu Mona (kaunselor) untuk data kaunseling .

3. Sekarang telah bermula panggilan temuduga ke SBP. Sesiapa yang berkenaan, sila hubungi pihak SBP/sekolah pilihan anda sewaktu mengisi borang dahulu secara online atau layari http://www.moe.gov.my/ dari semasa ke semasa untuk semakan keputusan permohonan anda.

4. Jangan lupa esok, 5 Disember 2009 jam 9.00 pagi ujian kemasukan ke SMKA/SABK. Sila bangun awal semua murid yang terlibat dan sila bawa dokumen yang diperlukan. Layari http://www.spikel.bpi.edu.my/ utk maklumat tentang SMKA.

MESYUARAT PERANCANGAN SEKOLAH 2010










Mesyuarat Perancangan Sekolah 2010 diadakan di Hotel City Villa, Kuala Lumpur pada 1-3 Disember 2009. Seramai 50 orang guru menghadiri mesyuarat tersebut.
Tentatif mesyuarat adalah seperti berikut;
1.12.2009- Pendaftaran masuk & Taklimat Pengurusan Pentadbiran
2.12.2009- Mesyuarat Perancangan Kurikulum, Hal Ehwal Murid & KoKurikulum serta Perbengkelan
3.12.2009- Mesyuarat Pengurusan Kewangan & Sesi Rumusan.