Pages

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH GALAKAN MURID CEMERLANG UBB1 2010

Pada pagi ini, 28 Februari 2010, telah berlangsung Majlis Penyampaian Hadiah Galakan Murid Cemerlang dalam UBB1 di mana murid-murid dengan pencapaian 5A dan 4A telah diberikan hadiah galakan oleh Tuan Guru Besar, YM Hj Tg Hamzah bertempat di Dataran Suria. Di samping itu juga, semua murid cemerlang disematkan dengan Lencana Cemerlang oleh PK HEM, En Sahimi b. Mohammad.





















Semoga semua murid Tahun 6 akan berusaha lebih gigih untuk mencapai kecemerlangan dalam UPSR pada bulan September 2010 nanti. Sesungguhnya 'usaha yang luar biasa akan menghasilkan kejayaan yang luar biasa juga'. Suria Terus Menyinar!

SELAMAT JALAN CIKGU ZURIANI ABDULLAH

Warga Suria 1 mengucapkan selamat jalan dan selamat bertugas di tempat baru iaitu di SK Ulu Kusial kepada Pn Zuriani bt Abdullah yang dinaikkan pangkat sebagai Penolong Kanan Ko-Kurikulum mulai Februari 2010. Segala jasa bakti cikgu selama berada di Suria 1 amat dihargai dan disanjung tinggi.

Rombongan Suria 1 diketuai oleh Tuan Guru Besar, YM Tn Hj Tg Hamzah b. Ku Seman telah menghantar Pn. Zuriani ke SK Ulu Kusial pada 28 Februari 2010.
Pn Zuriani bersama rakan sejawat di Suria 1.
Rombongan Suria 1 disambut meriah oleh warga SK Ulu Kusial.
Guru Besar kedua-dua buah sekolah bergambar bersama.
Pn Zuriani bersama rombongan Suria 1.
.
Sambutan meriah buat Puan Zuriani di sekolah baru.
Ucapan sulung dari PK Ko baru SK Ulu Kusial.
Berposing dengan rakan Suria 1, Pn Rosnida.

UBB 1 FEBRUARI 2010

UBB 1 bermula pada 22 hingga 24 Februari 2010. Diharapkan semua murid berjaya dengan cemerlang dalam penilaian pertama bagi tahun ini. Selamat berjaya!

PEMANTAUAN ANUGERAH PUSAT SUMBER CEMERLANG PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2010

Pada hari ini, sekolah telah dikunjungi oleh 5 orang pegawai pemantau Pusat Sumber Sekolah kerana sekolah ini telah dicalonkan untuk Anugerah Pusat Sumber Cemerlang Peringkat Negeri Kelantan bagi tahun 2010.

Pegawai-pegawai Pemantau bersama Tuan Guru Besar dan Guru PSS.

KURIKULUM BARU BAHASA INGGERIS DIPERKENAL MULAI 2011

BESUT 13 Feb. - Kementerian Pelajaran akan memperkenalkan kurikulum baru Bahasa Inggeris dalam usaha memantap dan memperkasakan pembelajaran dan pengajaran bahasa itu di semua sekolah seluruh negara mulai tahun depan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin berkata, pihaknya telah menyiapkan kurikulum baru itu dengan mengambil kira pelbagai aspek termasuk dari segi penggunaan Bahasa Inggeris British bagi memastikan impian menjadi suatu realiti.

Katanya, langkah itu sejajar dengan dasar Kementerian Pelajaran yang mahu memastikan semua pelajar di negara ini mampu menguasai sekurang-kurangnya dua bahasa selain Bahasa Melayu.

'' Kurikulum baru itu amat menarik dan memenuhi cita rasa pelajar apabila diperkenalkan bagi membolehkan mereka mampu berkomunikasi dan menggunakan bahasa antarabangsa itu secara meluas.

''Ia akan diguna pakai tahun depan untuk murid tahun satu dengan konsep yang digunakan lebih kepada pembelajaran secara interaktif (fun learning) seperti penggunaan seni bahasa (Language Arts), tata bahasa, penggunaan sebutan dan pertuturan secara betul," katanya.

Mengulas lanjut Muhyiddin berkata, sejajar dengan usaha itu, Kementerian Pelajaran juga akan mengambil 365 guru pakar Bahasa Inggeris dari luar negara bagi membolehkan mereka mengajar dan mendidik guru Bahasa Inggeris sedia ada di negara ini.

Beliau berkata, langkah itu adalah ke arah memastikan proses pengajaran bahasa antarabangsa tersebut berjalan lancar. Katanya, penempatan mereka dibuat secara kontrak bagi membolehkan usaha secara terancang dapat dilakukan.

''Selain penempatan guru pakar, guru sedia ada di negara ini juga akan dilatih dengan pelbagai insentif dan galakan. Melalui tindakan demikian ia bakal menjadi suatu rangsangan untuk melakukan sesuatu ke arah yang lebih baik," katanya.

Source: Utusan Online & Lagi Berita.blogspot.com

REKOD PERGERAKAN PELAJAR ELAK PONTENG KELAS

Oleh: Maiamalina
Source: Harian Metro 11.2.2010

PETALING JAYA: Aktiviti pelajar di sekolah lebih mudah dipantau ibu bapa dan guru apabila Kad Pintar Pelajar 1Malaysia diperkenalkan yang berciri 'semua dalam satu' iaitu sebagai rekod kehadiran, kad identiti, belian dan pinjaman buku.

Kad yang menerapkan aplikasi teknologi 'biometrics' dan Pengenalan Frekuensi Radio (RFID) itu mensasarkan penggunaan di hampir 10,000 sekolah kerajaan di seluruh negara secara berperingkat dengan lebih 50 sekolah dipilih sebagai perintis.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, RCG Holdings Limited (RCG), Datuk Lee Boon Han, berkata pihaknya sudah menghantar kertas cadangan kepada Kementerian Pelajaran mengenai penggunaan teknologi itu di sekolah rendah dan menengah beberapa minggu lalu.

Bagaimanapun, katanya belum ada sebarang keputusan dibuat berikutan kedua-dua pihak masih meneliti keberkesanan penggunaan kad pintar sebagai alat memantau aktiviti sosial murid di sekolah selain perlu melalui proses tertentu.

"Kita sudah ada teknologi ini dan hanya menunggu lampu hijau daripada kementerian untuk aplikasikan di sekolah seluruh negara, dimulai sekolah perintis kemungkinan besar sekitar Lembah Klang sebelum ke tempat lain.

"Proses ini bukanlah dapat disempurnakan dalam tempoh singkat tapi kita berusaha sedaya upaya, namun keputusan sepenuhnya sama ada projek boleh dijalankan atau tidak bergantung kepada kementerian yang menentukannya.

"Apapun, sekiranya semua pihak bersetuju, kita boleh memulakan kerja pemasangan dan penerangan menyeluruh sebelum hujung tahun ini manakala, sistem siap sepenuhnya serta diguna pakai tahun depan," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) antara RCG yang juga subsidiari penuh Towards Soft Technology Sdn Bhd dengan iCES (M) Sdn Bhd diwakili Pengarah Urusannya, Syed Mansor Syed Ahmed. Hadir sama, Pengerusi Kehormat yang juga Penasihat iCES, Datuk Syed Ahmed Malik dan Pengarah Kehormat RCG, Datuk Seri Mohd Azumi Mohamed.

Ditanya mengenai kos penggunaan kad pintar, Lee menjelaskan ia belum diputuskan, namun yakin jumlah dikenakan tidak akan membebankan semua pihak sama ada sekolah mahupun ibu bapa.

PELANCARAN PROGRAM PONTENG SIFAR

Majlis Pelancaran Program Ponteng Sifar dilangsungkan pada 7 Februari (Ahad) di Dataran Perhimpunan, SK Sri Suria 1. Majlis ini dirasmikan oleh Tuan Guru Besar, YM Tuan Haji Tengku Hamzah bin Ku Seman. Tujuan  program ini adalah untuk menggalakkan semua murid supaya sentiasa menghadiri sesi pembelajaran di sekolah tanpa gagal demi untuk meningkatkan prestasi akademik mereka dan tidak ketinggalan dalam pembelajaran mereka. Murid juga didedahkan dengan prosedur yang boleh diambil oleh pihak sekolah sekiranya mereka terlibat dengan ponteng sekolah tanpa sebab munasabah.

Suasana perhimpunan majlis.
Murid sedang mendengar laporan guru bertugas minggu lepas.
Murid sedang tekun mendengar dan mencatat penerangan daripada guru.
Tuan Guru Besar sedang menyampaikan ucapan perasmian Program Ponteng Sifar.
Barisan guru perempuan.
Barisan guru lelaki bersama pentadbir.