MAKLUMAN BANTUAN KERAJAAN KEPADA MURID MISKIN TAHUN 2011 MELALUI DATA e-kasih



Kepada Para ibu bapa/Penjaga SK Sri Suria (1)

Semua Ketua Isi Rumah (KIR) yang berpendapatan kurang daripada RM 1500 (Bandar) atau RM 1000 (Luar Bandar) sebulan hendaklah mendaftar bagi tujuan peyaluran semua bentuk bantuan kerajaan kepada murid miskin mulai tahun 2011. Sila klik pada pada tajuk : MAKLUMAN BANTUAN KERAJAAN KEPADA MURID MISKIN TAHUN 2011 MELALUI DATA e-kasih di atas untuk membuat pendaftaran secara online.
Terima Kasih.
PK HEM SKSS (1)

65 CALON MENCAPAI 5A DALAM UPSR 2010

Sinar Harian Edisi Kelantan 12.11.2010
TANAH MERAH - Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Suria 1 mencatat sejarah apabila muncul sebagai sekolah yang berjaya mengekalkan rekod kecemerlangan dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diumumkan di sini, semalam. 
Seramai 65 calon UPSR sekolah terbabit berjaya mencapai keputusan 5A dalam semua mata pelajaran yang diambil. Sekolah itu berjaya mengekalkan rekod kecemerlangannya sebagai sekolah cemerlang dalam Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Tanah Merah. 


Guru Besar sekolah terbabit, Tengku Hamzah Ku Seman berkata, pencapaian pada tahun ini amat membanggakan dan berjaya mengharumkan nama sekolah. “Walaupun peratusan pada tahun ini menurun berbanding tahun lalu iaitu sebanyak 82.85 peratus berbanding tahun lalu sebanyak 88.8 peratus, namun prestasi kecemerlangan dapat dikekalkan di sekolah ini. 


“Tahniah kepada semua calon yang berjaya dalam peperiksaan terbabit dan diharapkan kecemerlangan seumpama itu akan dikekalkan pada tahun akan datang,” katanya. 


Katanya, rekod pencapaian pelajar di sekolah itu amat membanggakan dan diharapkan agar pelajar akan terus mencapai kecemerlangan. Daripada 239 calon yang menduduki UPSR, seramai 198 calon lulus semua subjek yang terdiri daripada tujuh kelas tahun enam di sekolah terbabit. Antara kelas tahun enam di sekolah berkenaan adalah, Tahun Enam Arif, Enam Bestari, Enam Cekal, Enam Dinamik, Enam Fitrah serta Enam Gemilang.

Pelajar-pelajar cemerlang UPSR 2010 bergambar beramai-ramai bersama Dato' Shaari bin Hj Hassan, Yang diPertua PIBG SK Sri Suria (1).

MAJLIS ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG 2010

Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang SK Sri Suria (1) diadakan pada 11 November 2010. Majlis ini dirasmikan oleh YBrs. Tuan Timbalan Pengarah Pelajaran Kelantan, Tuan Haji Zahari bin Daud. Antara kategori penganugerahan adalah pelajar-pelajar cemerlang yang mencapai 5A, 6A, 7A dan 8A, kehadiran penuh, tokoh Nilam, tokoh pelajar serta anugerah bagi pelajar-pelajar yang mempunyai ketokohan dalam bidang-bidang tertentu seperti kurikulum, ko-kurikulum dan sebagainya.

Kategori Penyampaian Hadiah adalah Hadiah Murid Cemerlang Tahun 1, 2, 3, 4, 5 dan 6 di samping Hadiah Mata pelajaran Terbaik.






Selain dari itu juga, terdapat juga kategori Anugerah Khas seperti Anugerah Khas NILAM, KO-Kurikulum serta Tokoh NILAM, Ko-Kurikulum Lelaki dan Perempuan dan Tokoh Murid Lelaki dan Perempuan.

Majlis juga diserikan dengan persembahan Kalam Jamaie (Bahasa Arab), Action Songs dan persembahan tarian 'Seribu Satu Malam' oleh pelajar-pelajar Tahun 6.

Tokoh-tokoh Pelajar bergambar bersama Tn Hj Zahari bin Daud, Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Kelantan dan Tn Hj Tg Hamzah bin Ku Seman, Guru Besar SK Sri Suria (1) disertai oleh para ibu pelajar.

Pada 11 November 2010 juga pelajar-pelajat Tahun 6 akan mendapat keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) mereka masing-masing. Semoga pencapaian pada tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya. Insyallah.

MALAM NOSTALGIA 2010

Malam Nostalgia Tahun 6 bagi sesi tahun 2010 telah diadakan pada 8 November lalu. Majlis ini dihadiri oleh semua guru dan murid-murid Tahun 6. Tema majlis pada tahun ini ialah konsep Arab 'seribu satu malam'. Semoga kemeriahan majlis ini meninggalkan kenangan manis kepada semua murid yang akan meninggalkan bangku persekolahan rendah di sini.



Pada tengahari hari yang sama juga Majlis Jamuan Akhir tahun Pengawas Sekolah, Pengawas PSS dan Pengawas SPBT juga telah dilangsungkan di dewan sekolah.

Hebahan

Pihak sekolah SK Sri Suria Satu ingin mengucapkan
Selamat Menyambut Hari Guru kepada para guru sekolah dan luar sekolah.

Pautan berkaitan: Perutusan Rasmi dari Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia di laman KPM.