Kem Kembara Ilmu

Kem Kembara Ilmu di D'Mawar Chalet


Kem Kembara ilmu adalah satu inisiatif kecermerlangan pendidikan SKSS1. Ia merangkumi pelbagai program motivasi, bimbingan dan latihan pengukuhan sebagai persediaan untuk pelajar menghadapi peperiksaan UPSR kelak.
Program ini dikelola oleh unit HEM dan Fasa 1 untuk 6A, 6B, 6C bermula hari ini di:


D'Mawar Chalet
Taman Tasik Sri
17500 Tanah Merah
Kelantan Darul Naim

http://dmawar21.blogspot.com


Jika ada kemusykilan atau inginkan maklumat lanjut, sila hubungi pihak sekolah.
Pejabat Sekolah Sri Suria Satu

Kejohanan Balapan & Padang SKSS1

Sebagai tanggungjawab sosial kepada masyarakat, dan juga merujuk kepada isu terkini tentang isu pelajar obes, pihak SKSS1 akan mengadakan Kejohanan Balapan dan Padang SKSS1.

Tarikh : 2, 3 & 4 Mei 2011
Hari    : Isnin Selasa & Rabu

Aturcara Kejohanan :
Tempat: Padang SKSS1.

Isnin  :  Pertandingan acara sukaneka tahun 1 hingga 6.
Selasa : Acara Balapan dan Padang :


  1. Lontar Peluru Akhir
  2. Lompat Jauh Akhir
  3. Lompat Tinggi Akhir
  4. 80 Meter saringan 1 & 2 , Tahap 1.
  5. 100 Meter saringan 1 & 2, Tahap 2.
  6. 200 Meter saringan 1 & 2, Tahap 2.
  7. Hari Kejohanan Olahraga SK SRI SURIA 1:


Majlis Perasmian Kejohanan

Acara  :

  1. 80 Meter Akhir, Tahap 1.
  2. 100 Meter Akhir, Tahap 2.
  3. 200 Meter Akhir, Tahap 2.

Upacara Penyampaian Hadiah.

* Acara dan jadual pertandingan tertakluk kepada perubahan.

Pesta Buku

Hari ini berakhirnya Pesta Buku SKSS1 anjuran PSS dan Kedai Buku Banggol. Di harap pesta buku ini menyemarakkan dan menanam tabiat membaca di kalangan pelajar Sri Suria 1.

Tan Cheng Hoe
Unit Penerbitan dan Siaraya,
SK Sri Suria 1

Latihan Rumah Sukan

Latihan Rumah Sukan diadakan di SKSS1 sepanjang minggu ini. Ini adalah satu inisiatif untuk memenuhi Falsafah Pendidikan Negara yang bukan sahaja mementingkan perkembangan akademik, tetapi pendidikan holistik untuk membina individu yang seimbang dan mampu berkhidmat kepada masyarakat dan negara.

Diharap ibubapa maklum dan memastikan anak jagaan mereka mempunyai pakaian yang sesuai.

Majulah Sukan Untuk Negara!

Tan Cheng Hoe,
Unit Penerbitan dan Siaraya.

Minggu Anti Dadah SKSS1

Sekolah Kebangsaan Sri Suria akan mengadakan kempen anti-dadah peringkat sekolah sepanjang minggu hadapan, dari 24hb April Sehingga 28hb April. Pihak sekolah menyedari akan gejala dadah ini dan mengambil serius perkara ini sebagai ancaman kepada generasi hadapan.
Justeru itu, Pihak sekolah ini akan menunaikan tanggungjawab sosial dengan memberikan kesedaran terhadap penyalahgunaan dadah. Diharap Minggu Anti-Dadah ini akan memberikan kesedaran dan pengajaran kepada para pelajar dan masyarakat akan ancaman penyalahgunaan dadah.

Pautan berkaitan untuk maklumat lanjut penyalahgunaan dadah
http://www.adk.gov.my/

Tan Cheng Hoe,
Unit Penerbitan dan Siaraya,
SK Sri Suria Satu.



Keputusan UBB2 Tahun 6A, 6B dan 6C sudah disiarkan.

Sila lihat http://sahimiqm.blogspot.com/ untuk keputusan UBB tersebut

MINI KARNIVAL BANK RAKYAT BERSAMA SK SRI SURIA 1.


SK Sri Suria 1 akan menjadi tuan rumah kepada Program Mini Karnival Bank Rakyat yang akan diadakan pada hari Sabtu 7 Mei 2011.Antara aktiviti yang akan diadakan adalah Motivasi UPSR untuk murid tahun 6, Akademi Bola Sepak, Pertandingan Mewarna dan Pertandingan Memasak. Ibu bapa dan murid-murid dalam PPD Tanah Merah yang berminat dan ingin menyertai pertandingan boleh menghubungi sekolah masing-masing.

Unit Kurikulum,
SK Sri Suria 1.

PAMERAN BUKU

Perhatian kepada semua.

Sekolah Kebangsaan Sri Suria 1, dibawah kelolaan Pusat Sumber Sekolah akan menganjurkan Pameran Buku peringkat sekolah yang akan diadakan pada :

Hari  : Ahad hingga Selasa
Tarikh : 24 hingga 26 April 2011
Masa : 9.00 pagi hingga 4.00 petang

Majlis pelancaran akan diadakan pada hari Ahad 24 April 2011 jam 7.45 pagi.

Semua dijemput hadir.

Hebahan

Pihak sekolah SK Sri Suria Satu ingin mengucapkan
Selamat Menyambut Hari Guru kepada para guru sekolah dan luar sekolah.

Pautan berkaitan: Perutusan Rasmi dari Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia di laman KPM.