Ucapan dan nasihat para guru buat semua murid Tahun 6 yang bakal meninggalkan alam persekolahan rendah di SK Sri Suria 1. Selamat meneruskan kegemilangan di sekolah menengah.
UCAPAN GURU BUAT MURID TAHUN 6 2009
CERAMAH MOTIVASI KECEMERLANGAN UPSR (RIMUP)
Pemandangan SK Tanah Merah 1 - venue Program RIMUP 3 buah sekolah iaitu SK Tanah Merah 1, SK Sri Suria 1 dan SJK (C) Yuk Cheng, Tanah Merah, Kelantan.
Ceramah Motivasi Kecemerlangan UPSR bagi murid Tahun 6 2010 di bawah Program RIMUP diadakan pada 11 November 2009 bertempat di SK Tanah Merah 1 dari jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang.
Ceramah ini melibatkan seramai 120 orang murid Tahun 5 dari 3 buah sekolah iaitu murid SK Sri Suria 1, SK Tanah Merah 1 dan SJK (C) Yuk Cheng. Seawal jam 8.00 pagi, semua murid berkumpul di dewan SK Tanah Merah 1 diikuti dengan perasmian oleh Ybrs. YM Tuan Haji Tengku Hamzah bin Ku Seman, Pengerusi RIMUP.
Majlis diteruskan dengan Ceramah Motivasi 1 oleh Ybrs. Puan Noor Hayati dari SK Kadok diikuti dengan diikuti dengan Ceramah Motivasi 2 oleh Ybrs. En Adam bin Mohd Zain, Pegawai dari Jabatan Pelajaran Kelantan.

MAJLIS KHATAM QURAN TAHUN 5
Majlis Khatam Quran

Majlis Khatam Al Quran murid Tahun 5 telah diadakan di Surau asSyakirin, SK Sri Suria 1 pada 8 November 2009 pada jam 9.00 pagi. Majlis ini adalah satu majlis pengiktirafan kepada murid-murid Tahun 5 (j-QAF) dan Tahun 6 atau calon UPSR iaitu seramai 240 orang yang telah berjaya menamatkan bacaan Al Quran.

Al Quran merupakan sumber perundangan Islam yang pertama. Maka wajarlah pemupukan kecintaan dan minat terhadap Al Quran ditanam di peringkat sekolah rendah lagi untuk menghidupkan syiar Islam peninggalan Rasulullah saw.

Menanamkan rasa kasih sayang dan cinta kepada kitab suci Al Quran serta melahirkan generasi Al Quran yang cemerlang, gemilang dan terbilang merupakan matlamat program ini.

Antara objektif program pula ialah menambahkan keyakinan dengan bacaan dan penguasaan ilmu tajwid dalam pembacaan seharian, menghargai dan mengiktiraf kejayaan murid menghabiskan bacaan dalam masa yang ditetapkan serta memberi pendedahan dan pengalaman kepada mereka. Selain itu program ini diharap dapat menarik minat murid-murid lain untuk membaca dan khatam Al Quran.
Langgan:
Catatan (Atom)
Hebahan
Pihak sekolah SK Sri Suria Satu ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Guru kepada para guru sekolah dan luar sekolah.
Pautan berkaitan: Perutusan Rasmi dari Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia di laman KPM.