Cuti Sekolah

Diumumkan bahawa Cuti Pertengahan Penggal sekolah akan bercuti bermula dari 11hb hingga 19hb Mac, 2011, dan persekolahan berlangsung seperti biasa pada Ahad, 20hb Mac 2011.

Taklimat Keselamatan Jalan Raya

Taklimat keselamatan jalan raya dijalankan dengan jayanya dengan bantuan wakil dari unit trafik IPD Tanah Merah. Beliau menekankan pengenalan undang-undang baru yang membenarkan saman dikeluarkan kepada ibu bapa dan penjaga budak bawah umur yang menaiki motor sama ada dengan kebenaran ataupun tidak. Beliau juga memberikan kata motivasi kepada pelajar supaya mementingkan ilmu, khususnya Bahasa Inggeris untuk menghadapi cabaran global yang akan datang. Syabas dan terima kasih kepada beliau untuk taklimat yang telah diberikan.

Latihan Kebakaran (Fire Drill)

Latihan kebakaran telah dilaksanakan dengan jayanya dengan bantuan pihak bomba cawangan Tanah Merah. Ribuan terima kasih kepada ahli-ahli bomba yang hadir untuk menjalankan demonstrasi dan latihan memadam api kepada para guru dan murid.

Hebahan

Pihak sekolah SK Sri Suria Satu ingin mengucapkan
Selamat Menyambut Hari Guru kepada para guru sekolah dan luar sekolah.

Pautan berkaitan: Perutusan Rasmi dari Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia di laman KPM.