Keputusan UBB2 Tahun 6A, 6B dan 6C sudah disiarkan.
Sila lihat http://sahimiqm.blogspot.com/ untuk keputusan UBB tersebut
MINI KARNIVAL BANK RAKYAT BERSAMA SK SRI SURIA 1.
SK Sri Suria 1 akan menjadi tuan rumah kepada Program Mini Karnival Bank Rakyat yang akan diadakan pada hari Sabtu 7 Mei 2011.Antara aktiviti yang akan diadakan adalah Motivasi UPSR untuk murid tahun 6, Akademi Bola Sepak, Pertandingan Mewarna dan Pertandingan Memasak. Ibu bapa dan murid-murid dalam PPD Tanah Merah yang berminat dan ingin menyertai pertandingan boleh menghubungi sekolah masing-masing.
Unit Kurikulum,
SK Sri Suria 1.
Unit Kurikulum,
SK Sri Suria 1.
Kategori:
MINI KARNIVAL BANK RAKYAT
PAMERAN BUKU
Perhatian kepada semua.
Sekolah Kebangsaan Sri Suria 1, dibawah kelolaan Pusat Sumber Sekolah akan menganjurkan Pameran Buku peringkat sekolah yang akan diadakan pada :
Hari : Ahad hingga Selasa
Tarikh : 24 hingga 26 April 2011
Masa : 9.00 pagi hingga 4.00 petang
Majlis pelancaran akan diadakan pada hari Ahad 24 April 2011 jam 7.45 pagi.
Semua dijemput hadir.
Sekolah Kebangsaan Sri Suria 1, dibawah kelolaan Pusat Sumber Sekolah akan menganjurkan Pameran Buku peringkat sekolah yang akan diadakan pada :
Hari : Ahad hingga Selasa
Tarikh : 24 hingga 26 April 2011
Masa : 9.00 pagi hingga 4.00 petang
Majlis pelancaran akan diadakan pada hari Ahad 24 April 2011 jam 7.45 pagi.
Semua dijemput hadir.
Cuti Sekolah
Diumumkan bahawa Cuti Pertengahan Penggal sekolah akan bercuti bermula dari 11hb hingga 19hb Mac, 2011, dan persekolahan berlangsung seperti biasa pada Ahad, 20hb Mac 2011.
Taklimat Keselamatan Jalan Raya
Taklimat keselamatan jalan raya dijalankan dengan jayanya dengan bantuan wakil dari unit trafik IPD Tanah Merah. Beliau menekankan pengenalan undang-undang baru yang membenarkan saman dikeluarkan kepada ibu bapa dan penjaga budak bawah umur yang menaiki motor sama ada dengan kebenaran ataupun tidak. Beliau juga memberikan kata motivasi kepada pelajar supaya mementingkan ilmu, khususnya Bahasa Inggeris untuk menghadapi cabaran global yang akan datang. Syabas dan terima kasih kepada beliau untuk taklimat yang telah diberikan.
Latihan Kebakaran (Fire Drill)
Latihan kebakaran telah dilaksanakan dengan jayanya dengan bantuan pihak bomba cawangan Tanah Merah. Ribuan terima kasih kepada ahli-ahli bomba yang hadir untuk menjalankan demonstrasi dan latihan memadam api kepada para guru dan murid.
KEPUTUSAN UBB1 21-23 FEBRUARI 2011 TAHUN 6
Guru-guru dan murid-murid boleh mengakses Keputusan UBB1 Tahun 6, 2011 melalui link di atas.
JAWATANKUASA KSSR 2011
Dalam Mesyuarat Jawatankuasa KSSR 2011 pada 04 Januari 2011 di Bilik Wawasan jam 1.00 tengah hari, Yang Berusaha Tuan Guru Besar, Tengku Hamzah Bin Ku Seman telah mengesahkan pelantikan Jawatakuasa KSSR sesi 2011 sebagaimana berikut ;
Pengerusi
PK HEM
SK Sri Suria 1
Pengerusi
: YM TN HJ TENGKU HAMZAH B KU SEMAN (Guru Besar)
Timbalan Pengerusi
: SAHIMI B MOHAMAD (PK Pentadbiran)
Naib Pengerusi
: EN NIK AHMAD FUAD B NIK NAWI (PK HEM)
: PN HAJJAH ZAKIAH BT HJ OTHMAN (PK KO)
: (Penyelia Petang)
Setiausaha
: PN NORAZILAWATI BT BADARUDDIN (JU KSSR)
Penolong Setiausaha
: PN ALIZAN BT JALI
Ahli Jawatankuasa :
PN ANIDA BT CHE ISMAIL (SU KURIKULUM)
PN MURNENZAI BT YUSOFF (KAUNSELOR)
EN LUKMANULHAKIM B RAMLI (KAUNSELOR)
PN RUSNANI BT YUSOFF (KP BM)
PN NIK HASNI BT NIK YAAKUB (KP BI)
EN MOHD NASIR B IDRIS (KP M3)
PN CHE ESHAH BT CHE MAMAT (KP SAINS)
PN ZALINA BT TALIB (KP PAI)
PN HARISHAHIMA BT HABER (KP SVK)
PN SAHARIZAH BT AWANG (KP KT)
EN MOHD SUZANI B SHAARI (KP KH)
EN AZMAN B MOHD YUSOFF (KP PJK)
PN ZAMILAH BT ABDULLAH (KP MZ)
PN AZIZAH BT ISMAIL (KP PSV)
SEMUA GURU TAHUN 1
Jawatankuasa telah menetapkan pada hari Sabtu ini 8 Januari 2011, semua guru Tahun 1 akan diberi pendedahan tentang pelaksaan KSSR di SK Sri Suria 1.Bengkel penyediaan Rancangan Pelajaran Tahunan dan Rancangan Pelajaran Harian turut mengisi slot bengkel pada hari tersebut.Semoga warga SK Sri Suria 1, terutama guru-guru tahun 1 memberi komitment yang tidak berbelah bahagi bagi merealisasikan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia mengadakan reformasi pendidikan melalui pengenalan kurikulum baru (KSSR).Pihak Pengurusan SK Suria 1 telah meletakkan guru-guru yang terbaik dan berpengalaman mengajar Tahun 1 sesi 2011.Syabas dan selamat berjaya.PK HEM
SK Sri Suria 1
MAKLUMAN CUTI UMUM PADA AHAD 2 JANUARI 2011
Dengan segala hormatnya dimaklumkan kepada semua warga sekolah dan para ibu bapa bahawa hari Ahad, 2 Januari 2011 adalah diistiharkan hari cuti umum. Oleh itu Sesi Persekolahan 2011 bermula pada Isnin, 3 Januari 2011.
Sekian dimaklumkan.
Sekian dimaklumkan.
MAKLUMAN PENTING MESYUARAT GURU DAN PENDAFTARAN SEMULA MURID TAHUN 2011
| MAKLUMAN PENTING | ||
| HARI/TARIKH | AKTIVITI | TINDAKAN |
| KHAMIS 23 DISEMBER 2010 | MESYUARAT GURU MASA : 9.00 PAGI TEMPAT : BILIK MESYUARAT KEHADIRAN : SEMUA GURU | SEMUA GURU |
| ISNIN 27 DISEMBER 2010 | PENDAFTARAN SEMULA MURID PRA DAN TAHUN 1 MASA : 8.30 PAGI TEMPAT : DI KELAS MASING-MASING KEHADIRAN : MURID DAN IBU BAPA /PENJAGA CATATAN : 1. MURID DENGAN UNIFORM SEKOLAH 2. SEMUA MURID TAHUN 1 AKAN DIBEKALKAN DENGAN BEG SEKOLAH OLEH KETUA BAHAGIAN | IBU BAPA / PENJAGA MURID PRA DAN TAHUN 1 GURU KELAS PRA DAN TAHUN 1 |
| SELASA 28 DISEMBER 2010 | PENDAFTARAN SEMULA MURID TAHUN 2 DAN TAHUN 3 MASA : 8.30 PAGI TEMPAT : DI KELAS MASING-MASING KEHADIRAN : MURID DAN IBU BAPA /PENJAGA TERLIBAT CATATAN : MURID DENGAN UNIFORM SEKOLAH | IBU BAPA / PENJAGA MURID TAHUN 2 DAN TAHUN 3 GURU KELAS TAHUN 2 DAN TAHUN 3 |
| RABU 29 DISEMBER 2010 | PENDAFTARAN SEMULA MURID TAHUN 4, 5 dan 6 MASA : 8.30 PAGI TEMPAT : DI KELAS MASING-MASING KEHADIRAN : MURID DAN IBU BAPA /PENJAGA TERLIBAT CATATAN : MURID DENGAN UNIFORM SEKOLAH | IBU BAPA / PENJAGA MURID TAHUN 4,5 DAN 6 GURU KELAS TAHUN 4,5 DAN 6 |
| CATATAN : BUKU TEKS AKAN DIBEKALKAN PADA HARI PENDAFTARAN | ||
| GPK HEM SK SRI SURIA (1) | ||
Langgan:
Catatan (Atom)
Hebahan
Pihak sekolah SK Sri Suria Satu ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Guru kepada para guru sekolah dan luar sekolah.
Pautan berkaitan: Perutusan Rasmi dari Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia di laman KPM.
