ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR


Pada hari ini, Ahad 15 November 2009, telah berlangsung Majlis Penyampaian Hadiah bagi murid-murid yang telah mencapai keputusan 3A 2B bagi Tahun 5 dan 6. Hadiah bagi kategori ini disampaikan sendiri oleh Ybrs. Tuan GB, YM Tuan Haji Tengku Hamzah bin Ku Seman.
Sementara itu, bagi murid yang lulus semua mata pelajaran bagi Tahun 4, 5 dan 6 juga diberikan penghargaan. Hadiah bagi kategori ini disampaikan oleh Ybrs. PK Pentadbiran, Puan Hajjah Wan Saudah bt Wan Mohammod.
Manakala murid yang mencatat Kehadiran Penuh pula tahun ini juga diberikan pengiktirafan. Hadiah bagi kategori Kehadiran Penuh disampaikan oleh PK HEM, En Sahimi bin Mohamed.
Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang bagi semua kategori lain akan berlangsung esok, Isnin 16 November di Dewan Gemilang, SK Sri Suria 1 dan dirasmikan oleh Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Tanah Merah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hebahan

Pihak sekolah SK Sri Suria Satu ingin mengucapkan
Selamat Menyambut Hari Guru kepada para guru sekolah dan luar sekolah.

Pautan berkaitan: Perutusan Rasmi dari Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia di laman KPM.