Bengkel Pemantapan Pengajaran dan Pembelajaran mata pelajaran Sains khususnya Bahagian B telah diadakan pada 16 Januari 2010 (Sabtu) bermula pada jam 8.30 pagi bertempat di Dewan Gemilang, SK Sri Suria (1). Bengkel ini telah dihadiri oleh semua guru yang mengajar mata pelajaran Sains. Ianya diadakan dengan tujuan untuk meningkatkan kemahiran dan mutu proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains di samping menuju visi utama iaitu untuk meningkatkan pencapaian anak didik khususnya dalam mata pelajaran Sains.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan