Pada pagi Khamis, 7 Januari 2010 telah diadakan suatu majlis sembahyang hajat memohon kepada Allah swt semoga diberkati segala kerjabuat dan program-program sekolah pada tahun 2010 ini terutamanya segala perancangan dan aktiviti ke arah peningkatan pencapaian UPSR.
Majlis sembahyang hajat tersebut disertai oleh semua pelajar Tahun 6 dan 5 serta guru-guru bertempat di Surau al-Syakirin. Selepas sembahyang, Tuan Guru Besar, Hj. Tengku Hamzah b. Ku Seman telah menyampaikan amanatnya kepada semua murid Tahun 6 agar berusaha dengan bersungguh-sungguh dan tawakkal dalam mengorak langkah menuju ke arah visi dan misi sekolah dan cita-cita individu. Beliau juga meminta pelajar-pelajar menyampaikan salamnya kepada para ibu bapa pelajar-pelajar dan memohon kerjasama dan sokongan padu untuk memartabatkan pendidikan khasnya di sekolah ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan