Pagi ini agak dingin dengan hujan turun mencurah-curah sejak semalam lagi. Sepanjang Jalan Jedok, Tanah Merah sesak dengan kenderaan ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah dan kemudian menghala ke pejabat atau tempat kerja masing-masing. Keadaan trafik amat lembab. Semua orang menggunakan kereta kerana hari hujan.
Di pintu pagar B keadaannya digenangi air hujan. Kalau berjalan semasa kenderaan lalu nescaya basah kuyup kena percikan air.
Keadaan di pintu B di mana terdapat aliran air yang menyusuri jalan melintasi ke arah alur berdekatan dengan sekolah. Air ini puncanya adalah dari padang sekolah.
Suasana tempat letak kereta guru dan staf di mana turut dibanjiri air hujan. Biasanya bila hujan sudah reda, air ini akan kering kerana mengalir keluar ke alur di belakang sekolah.
Agak banyak juga air yang bergenang di kawasan antara tempat letak kereta guru dan padang ini. Ada la takat buku lali. Tak tahulah macam mana keadaannya kalau hujan tak berhenti 2 atau 3 hari.
Suasana di padang sekolah yang digenangi air hujan. Boleh cari anak ikan sepat nie...
Keadaan di sekeliling surau sekolah. Kena pakai selipar jepun kalau nak ke surau. Kalau pakai kasut habislah basah. Tapi tak apalah sebab hari ni dah hari Khamis...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan