PELANCARAN KEM MEMBACA 1MALAYSIA


Majlis Pelancaran Kem Membaca 1Malaysia Peringkat SK Sri Suria 1 telah diadakan di Dataran Suria pada 1 November 2009 jam 7.45 pagi dan dirasmikan oleh Tuan Guru Besar, YM Hj Tengku Hamzah b. Ku Seman.



Rasional kem ini ialah untuk melahirkan warga Suria 1 yang mempunyai minat dan tabiat membaca sepanjang masa seiring dengan perkembangan alaf baru bagi merealisasikan PIPP Teras 1 dan 2 yang menjurus kepada Membina Negara Bangsa dan Membangunkan Modal Insan.


Antara matlamat kem ini adalah untuk menyediakan semua murid dan warga Suria 1 yang cemerlang dan membina tabiat membaca serta menyemaikan sikap amanah terhadap tanggungjawab dan berdaya saing.


Objektif kem pula ialah untuk membina tabiat membaca di kalangan murid sesuai dengan pembelajaran sepanjang hayat.

Dalam rangka pelancaran tersebut, beberapa orang murid telah menyampaikan persembahan iaitu adik Nur Amalin Elisya (1B), Tg. Farisha Eliana (1A), Ain Aqilah (6A) dan Anis Balkis (6A).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hebahan

Pihak sekolah SK Sri Suria Satu ingin mengucapkan
Selamat Menyambut Hari Guru kepada para guru sekolah dan luar sekolah.

Pautan berkaitan: Perutusan Rasmi dari Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia di laman KPM.