65 CALON MENCAPAI 5A DALAM UPSR 2010

Sinar Harian Edisi Kelantan 12.11.2010
TANAH MERAH - Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Suria 1 mencatat sejarah apabila muncul sebagai sekolah yang berjaya mengekalkan rekod kecemerlangan dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diumumkan di sini, semalam. 
Seramai 65 calon UPSR sekolah terbabit berjaya mencapai keputusan 5A dalam semua mata pelajaran yang diambil. Sekolah itu berjaya mengekalkan rekod kecemerlangannya sebagai sekolah cemerlang dalam Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Tanah Merah. 


Guru Besar sekolah terbabit, Tengku Hamzah Ku Seman berkata, pencapaian pada tahun ini amat membanggakan dan berjaya mengharumkan nama sekolah. “Walaupun peratusan pada tahun ini menurun berbanding tahun lalu iaitu sebanyak 82.85 peratus berbanding tahun lalu sebanyak 88.8 peratus, namun prestasi kecemerlangan dapat dikekalkan di sekolah ini. 


“Tahniah kepada semua calon yang berjaya dalam peperiksaan terbabit dan diharapkan kecemerlangan seumpama itu akan dikekalkan pada tahun akan datang,” katanya. 


Katanya, rekod pencapaian pelajar di sekolah itu amat membanggakan dan diharapkan agar pelajar akan terus mencapai kecemerlangan. Daripada 239 calon yang menduduki UPSR, seramai 198 calon lulus semua subjek yang terdiri daripada tujuh kelas tahun enam di sekolah terbabit. Antara kelas tahun enam di sekolah berkenaan adalah, Tahun Enam Arif, Enam Bestari, Enam Cekal, Enam Dinamik, Enam Fitrah serta Enam Gemilang.

Pelajar-pelajar cemerlang UPSR 2010 bergambar beramai-ramai bersama Dato' Shaari bin Hj Hassan, Yang diPertua PIBG SK Sri Suria (1).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hebahan

Pihak sekolah SK Sri Suria Satu ingin mengucapkan
Selamat Menyambut Hari Guru kepada para guru sekolah dan luar sekolah.

Pautan berkaitan: Perutusan Rasmi dari Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia di laman KPM.