Memaparkan catatan dengan label AKTIVITI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label AKTIVITI. Papar semua catatan

Kejohanan Acara Padang dan Balapan 2011 SKSS1

Kejohanan Acara Padang dan Balapan 2011 SKSS1 selesai pada 7hb Mei 2011.

Berikut adalah sebahagian daripada koleksi gambar suasana pada hari tersebut.


Untuk koleksi penuh, sila lihat album di























Kejohanan Silat Sekolah Rendah dan Menengah Kelantan 2011

Berkat kepada usaha pelajar kita, sekolah telah mendapat naib johan dalam Kejohanan Silat Sekolah Rendah dan Menengah 2011 di SMK Tiang Chandi, Pasir Mas pada 6hb Mei yang lalu. Tahniah diucapkan kepada putera dan puteri silat SKSS1 yang bertanding dalam acara tersebut.














Merentas Desa 2011

Aktiviti Merentas Desa SKSS1 telah diadakan dengan jayanya pada 4hb Mei di SMK. Diharapkan program ini dapat menerapkan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian dan  mengurangkan murid obes yang menjadi isu baru-baru ini.

Latihan Kebakaran (Fire Drill)

Latihan kebakaran telah dilaksanakan dengan jayanya dengan bantuan pihak bomba cawangan Tanah Merah. Ribuan terima kasih kepada ahli-ahli bomba yang hadir untuk menjalankan demonstrasi dan latihan memadam api kepada para guru dan murid.

RAMPAI AKTIVITI OKTOBER 2010

(Click to Enlarge - Klik atas gambar untuk besarkan Paparan)



MAJLIS PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN 2010

Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah Kebangsaan Sri Suria 1 telah diadakan pada 1 Ogos 2010 bertempat di Dataran Suria 1. Majlis telah dirasmikan oleh Yang Berusaha, YM Tn Hj Tg Hamzah bin Ku Seman.

Matlamat program ini adalah untuk melahirkan warganegara yang cinta dan sayangkan negara Malaysia serta menjadi rakyat yang bertanggungjawab.

Antara objektif program ialah menghayati dan memahami erti kemerdekaan, memupuk semangat cintakan negara, melahirkan semangat kerjasama dan hormat-menghormati antara satu sama lain.

Pelaksanaan program bulan kemerdekaan ini berlangsung dari 1 Ogos hingga 16 September 2010.

KEM LEDAKAN MINDA UPSR 2010

Kem Ledakan Minda bagi calon-calon UPSR 2010 SK Sri Suria 1 telah diadakan pada 22 Julai hingga 24 Julai 2010 bertempat di Kem Lata Hujan, Ulu Kusial. Kem ini adalah di bawah anjuran Jawatankuasa Peningkatan UPSR, SK Sri Suria 1. Kem diadakan dengan kerjasama daripada pelajar-pelajar Universiti Utara Malaysia yang juga turut berkampung di sana selama 3 hari 2 malam.

Antara kegiatan yang diadakan semasa kem pada hari pertama ialah ceramah dengan tajuk 'Kehidupan Masa Depan Yang Lebih Bermakna' oleh Pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Tanah Merah, Strategi Menjawab Bahasa Melayu Pemahaman, Tazkirah, Riadah serta Qiyamulail.
Manakala pada hari kedua pula adalah Ceramah Motivasi berjudul ' Hidup Bermasyarakat dan Bernegara, serta 'Ketaatan Kepada Ibu Bapa dan Guru' yang disampaikan oleh seorang Professor daripada Universiti Utara Malaysia. Selain itu, aktiviti seterusnya ialah Strategi Menjawab Bahasa Inggeris, Matematik, Bahasa Melayu Penulisan serta Persembahan Malam Kebudayaan.
Strategi Menjawab Soalan Sains dan Majlis Penutup pula telah diadakan pada hari ke-tiga. Program ini telah mendapat sambutan dan kerjasama yang baik daripada semua calon-calon UPSR.






Hebahan

Pihak sekolah SK Sri Suria Satu ingin mengucapkan
Selamat Menyambut Hari Guru kepada para guru sekolah dan luar sekolah.

Pautan berkaitan: Perutusan Rasmi dari Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia di laman KPM.