Memaparkan catatan dengan label PEPERIKSAAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PEPERIKSAAN. Papar semua catatan

65 CALON MENCAPAI 5A DALAM UPSR 2010

Sinar Harian Edisi Kelantan 12.11.2010
TANAH MERAH - Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Suria 1 mencatat sejarah apabila muncul sebagai sekolah yang berjaya mengekalkan rekod kecemerlangan dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diumumkan di sini, semalam. 
Seramai 65 calon UPSR sekolah terbabit berjaya mencapai keputusan 5A dalam semua mata pelajaran yang diambil. Sekolah itu berjaya mengekalkan rekod kecemerlangannya sebagai sekolah cemerlang dalam Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Tanah Merah. 


Guru Besar sekolah terbabit, Tengku Hamzah Ku Seman berkata, pencapaian pada tahun ini amat membanggakan dan berjaya mengharumkan nama sekolah. “Walaupun peratusan pada tahun ini menurun berbanding tahun lalu iaitu sebanyak 82.85 peratus berbanding tahun lalu sebanyak 88.8 peratus, namun prestasi kecemerlangan dapat dikekalkan di sekolah ini. 


“Tahniah kepada semua calon yang berjaya dalam peperiksaan terbabit dan diharapkan kecemerlangan seumpama itu akan dikekalkan pada tahun akan datang,” katanya. 


Katanya, rekod pencapaian pelajar di sekolah itu amat membanggakan dan diharapkan agar pelajar akan terus mencapai kecemerlangan. Daripada 239 calon yang menduduki UPSR, seramai 198 calon lulus semua subjek yang terdiri daripada tujuh kelas tahun enam di sekolah terbabit. Antara kelas tahun enam di sekolah berkenaan adalah, Tahun Enam Arif, Enam Bestari, Enam Cekal, Enam Dinamik, Enam Fitrah serta Enam Gemilang.

Pelajar-pelajar cemerlang UPSR 2010 bergambar beramai-ramai bersama Dato' Shaari bin Hj Hassan, Yang diPertua PIBG SK Sri Suria (1).

UBB 1 FEBRUARI 2010

UBB 1 bermula pada 22 hingga 24 Februari 2010. Diharapkan semua murid berjaya dengan cemerlang dalam penilaian pertama bagi tahun ini. Selamat berjaya!

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2009


Murid Tahun 6 sedang menjawab soalan di dalam dewan sekolah.


Peperiksaan Akhir Tahun bermula pada hari ini, 2 Oktober 2009 hingga 4 Oktober 2009. Semua warga Suria 1 mendoakan anak-anak didik semoga dapat menjawab semua soalan dengan tenang, teliti dan sempurna serta mendapat keputusan yang cemerlang. InsyaAllah.


Baca soalan betul-betul dulu sebelum mula menjawab. Jangan cuai dan jangan leka. Mesti sentiasa hati-hati semasa menjawab. Lain yang ditanda, lain yang dihitamkan jawapan...susah nanti.


Mulakan dengan Bismillah dan sudahi dengan Alhamdulillah. Hanya Allah swt sahajalah tempat kita sandarkan segala harapan dan impian. Dan semoga usaha kita diberkati olehNya.


Selamat menempuh peperiksaan dan selamat berjaya!

Hebahan

Pihak sekolah SK Sri Suria Satu ingin mengucapkan
Selamat Menyambut Hari Guru kepada para guru sekolah dan luar sekolah.

Pautan berkaitan: Perutusan Rasmi dari Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia di laman KPM.