Memaparkan catatan dengan label KEM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KEM. Papar semua catatan

KEM LEDAKAN MINDA UPSR 2010

Kem Ledakan Minda bagi calon-calon UPSR 2010 SK Sri Suria 1 telah diadakan pada 22 Julai hingga 24 Julai 2010 bertempat di Kem Lata Hujan, Ulu Kusial. Kem ini adalah di bawah anjuran Jawatankuasa Peningkatan UPSR, SK Sri Suria 1. Kem diadakan dengan kerjasama daripada pelajar-pelajar Universiti Utara Malaysia yang juga turut berkampung di sana selama 3 hari 2 malam.

Antara kegiatan yang diadakan semasa kem pada hari pertama ialah ceramah dengan tajuk 'Kehidupan Masa Depan Yang Lebih Bermakna' oleh Pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Tanah Merah, Strategi Menjawab Bahasa Melayu Pemahaman, Tazkirah, Riadah serta Qiyamulail.
Manakala pada hari kedua pula adalah Ceramah Motivasi berjudul ' Hidup Bermasyarakat dan Bernegara, serta 'Ketaatan Kepada Ibu Bapa dan Guru' yang disampaikan oleh seorang Professor daripada Universiti Utara Malaysia. Selain itu, aktiviti seterusnya ialah Strategi Menjawab Bahasa Inggeris, Matematik, Bahasa Melayu Penulisan serta Persembahan Malam Kebudayaan.
Strategi Menjawab Soalan Sains dan Majlis Penutup pula telah diadakan pada hari ke-tiga. Program ini telah mendapat sambutan dan kerjasama yang baik daripada semua calon-calon UPSR.






MAJLIS PENUTUP KEM 3G BI, BM, SC DAN MATH FASA 1 2010

Majlis Perasmian Penutup Kem Gerak Gempur Gemilang Fasa 1 bagi semua mata pelajaran teras telah diadakan pada jam 3.30 petang, 17 April 2010. Majlis telah disempurnakan oleh YBrs. YM Tuan Haji Tengku Hamzah bin Ku Seman, Guru Besar, SK Sri Suria 1. Tuan Guru Besar dalam ucapannya mengucapkan tahniah dan syabas kepada murid-murid yang telah berjaya menghadiri kem ini dengan jayanya dalam 2 sesi iaitu pada hari Jumaat dan Sabtu minggu lepas dan juga minggu ini. Beliau juga menyeru semua murid mengamalkan segala ilmu pengetahuan dan teknik pembelajaran yang telah didapati daripada kem ini untuk mempertingkatkan pencapaian dalam bidang akademik. Beliau juga menegaskan bahawa untuk mencapai kejayaan, usaha yang bersungguh-sungguh haruslah digembeling sejak awal lagi. Majlis turut dihadiri oleh PK Pentadbiran, Pn Hjh Wan Saudah bt Wan Mohammod dan juga PK HEM, En Sahimi bin Mohamad.



KEM 3G (GERAK GEMPUR GEMILANG) MATEMATIK DAN SAINS FASA 1

Kem 3G (Gerak Gempur Gemilang) Fasa 1 bagi mata pelajaran Matematik dan Sains akan diadakan pada 16 hingga 17 April 2010. Kem bermula seawal jam 8.00 pagi hingga jam 4.00 petang. Kem 3G Sains dengan sasarannya semua murid Tahun 6 diadakan bagi mempertingkatkan penguasaan murid terhadap fakta Sains dan melatih murid menjawab soalan Bahagian B dengan teknik yang betul. Selain itu, ia juga memberi penekanan kepada topik-topik yang masih belum dikuasai sepenuhnya oleh murid-murid.


Manakala bagi Kem 3G Matematik pula, rasionalnya ialah untuk menarik minat murid menjawab soalan-soalan dengan kaedah yang betul. Di samping itu juga, bagi memupuk semangat dan jati diri dalam mempelajari mata pelajaran ini dengan tekun dan sistematik. Adalah diharapkan dengan terlaksananya kem tersebut akan membantu murid-murid untuk menjawab soalan-aoalan peperiksaan dengan betul dan tepat.


Hebahan

Pihak sekolah SK Sri Suria Satu ingin mengucapkan
Selamat Menyambut Hari Guru kepada para guru sekolah dan luar sekolah.

Pautan berkaitan: Perutusan Rasmi dari Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia di laman KPM.