Hari ini adalah hari pertama sesi persekolahan 2010. Ramai ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka awal ke sekolah, terutama murid-murid Tahun 1 yang akan mula menjejakkan kaki ke alam persekolahan. Cuaca hari ini agak dingin dan hujan turun dengan lebat sejak semalaman lagi. Air melimpahi jalan di mana-mana. Dan dugaan yang paling berat adalah untuk mengharungi kesesakan lalulintas seawal jam 6 pagi lagi. Perjalanan sejauh hanya 3-4 kilometer mengambil masa kira-kira 40 hingga 60 minit untuk tiba ke sekolah kerana limpahan kenderaan di jalan menuju sekolah. Apa-apa pun, alhamdulillah kerana hujan tidak berpanjangan. Harap-harapnya hujan ini adalah hujan rahmat daripada Allah swt. Semoga tahun ini akan menjanjikan kesejahteraan buat semua warga Sri Suria 1.

Pihak sekolah SK Sri Suria Satu ingin mengucapkan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan